Saturday, November 29, 2008

Friendly Match with UiTM Shah Alam

Salam sejahtera kepada semua peminat impian 7. Seperti yang telah dirancang oleh kedua-dua pihak maka pada malam ini satu perlawanan persahabatan telah diadakan di Dewan Melati Sek. 7. Dalam persahabatan tersebut impian 7 mengalami kekalahan walaubagaimanapun ini adalah satu perlawanan yang agak baik dan menguji kekentalan para pemain. Dengan darah muda daripada adik-adik UiTM dapat mengalahkan senior-senior dari Impian 7.

Tahniah diucapkan kepada adik2 UiTM semoga anda semua berjaya dalam pertandingan yang bakal dilangsungkan di Negeri Perak nanti dan juga semuga berjaya dalam pelajaran masing-masing.

Sekian Terima Kasih...

Monday, November 17, 2008

Sembang-Sembang

Pertama kali saya minta maaf kerana sudah lama tak update kita punya blog, mungkin dengan kesibukan kerja tiada masa untuk melakukannya. Kepada rakan-rakan impian 7 yang ingin menolong saya update kan blog ini sila talipon saya untuk dapat maklumat untuk jadi Editor.
Disini saya mengambil kesempatan ingin mengucapkan selamat mengerjakan ibadah haji rukun yang ke-5 kepada Abang Nazmi dan Isteri, semoga selamat pergi dan kembali. Mudah-mudahan mendapat haji yang mabrol.. Insya Allah.
Kepada rakan-rakan yang lain rajin-rajinlah turun traning pada setiap hari jumaat dan ahad malam.
Itu saja yang dapat tulis coretkan untuk kali ini.
Daripada Abang Jamali