Wednesday, December 24, 2008

Friendly Match with Team Meru

Salam sejahtera kepada semua members impian 7

Semoga rakan2 sekelian berada didalam kerahmatan Allah SWT. Untuk pengetahuan semua satu perlawanan persahabatan akan diadakan seperti berikut ;

Tarikh : 31hb. Disember, 2008
Masa : 09:00 malam
Tempat : Dewan Melati, Seksyen 7, Shah Alam.

Semua pemain impian 7 dijemput hadir pada malam tersebut. Semoga semuanya dapat bermain dengan penuh semangat kesukanan dan membawa kejayaan kepada Kelab kita. Insya Allah..

Sementara itu saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Happy New Year" kepada semua rakan-rakan sekalian semoga anda lebih baik dari tahun yang sebelumnya.

Sunday, December 14, 2008

Takziah kepada keluarga Jefri

Assalamualaikum kepada members Impian 7...

Al-Fatihah..Takziah diucapkan kepada keluarga Jefri kerana pemergian Bapa Mertuanya kembali kepada Allah SWT. Sesungguhnya kita datang dari Allah pasti kembali kepada Allah. Mati wajib kita percayai sebab setiap yang hidup didunia pasti akan mati tapi bersedialah kita untuk mati. Bagaimana! perlu ada ilmu tentang kematian..
"Apabila matinya seseorang Adam maka terputus ia dari dunia ini kecuali 3 perkara; 1. Amalannya 2. Sedekah Jariahnya dan 3. Doa Anak Yang Soleh".
Renung-renungkanlah.. selamat beramal...

Jadual Permainan Bagi Bulan Disember 08

Assalamualaikum kepada semua members impian7..

Maaf lambat masukkan jadual ini. Sila lihat seperti dibawah ;

Rabu : 03hb, 10hb & 31hb
Jumaat : 05hb, 12hb & 19hb
Ahad : 14hb & 21hb

Kepada rakan2 semua rajin2lah datang berlatih. Bermungkinan pada bulan ini kelab akan mengadakan perlawanan persahabatan. Bila ! belum pasti, nanti Jefri atau Lat akan maklumkan kepada semua. Harap bersedia...
Kepada rakan2 lama dan peminat impian 7 kembali ke kelab kita demi kebaikan dan kegemilangan seperti dahulu. Buang yang keruh ambil yang jernih, kita semua ibarat keluarga cubit paha kiri paha kanan pun terasa. Anggap persahabatan itu kerana Allah SWT.

Maaf jika penulisan ini menyinggung perasaan sesiapa tapi demi sayangkan Kelab Impian 7 ini bercahaya seperti dulu. Sekian terima kasih..