Ahad, 18hb. Mei - Perlawanan Persahabatan timba-balas di antara Impian 7 dengan Tg. Karang Team. Kali ini berpihak kepada Impian 7 dengan kemenangan bergaya 4 menang 2 seri 1 kalah, tahniah kepada semua pemain Impian 7 yang bertungkus-lumus untuk memberi kemenangan. Pair yang kalah tak pe, kalah cara melawan... sudah dikira excellent... Kemenangan ini juga berasaskan faktor pihak lawan yang tidak biasa dengan format 21, mungkin mereka agak ketinggalan sikit masih guna format lama (15), walaubagaimanapun mereka juga mempunyai semangat juang yang tinggi. Mungkin ketahanan mental dan sikologi yang masih perlu mereka perbaiki.
Selepas daripada perlawanan persahabatan tersebut kami semua pergi minum bersama-sama termasuklah dengan Wan Farid (Tg. Karang Team) sekali. Tempat biasa.. Banyak perbincangan dibuat untuk memperbaiki lagi mutu permainan masing-masing. Macam-macam cerita paling hangat ketika ini tentang piala Thomas, kebetulan pada malam tersebut perlawanan akhir berlangsung di antara China dengan Korea, di mana China menang 3-1.

Perkembangan perlawanan persahabatan yang akan diadakan di Muar Johor iaitu Team Bukit Gambir pada 4hb. Julai ~ 6hb. Julai.
Diminta semua pemain Impian 7 dapat pergi bersama-sama nanti. Jersi baru untuk Kelab Impian 7, jenama Yonex harga RM 45.00 sehelai. Sesiapa berminat sila berhubungi terus dengan Sdr. Jepri - 0126482164. Sembang punya sembang tak sedar pukul 1.20 pagi, Mukhriz dah ngantok gila dan semua orang nampak kepenatan dan kami terus beredar balik ke destinasi masing-masing.
No comments:
Post a Comment