Kejoohanan ini berakhir dengan cemerlang dan bertepatan dengan kehendak penganjur. Komitmen yang diberikan oleh semau pihak membuatkan kejohanan ini berjalan dengan lancar dan tiada masalah yang besar. Ramai daripada kalangan peserta dan orang perseorangan mengucap "Tahniah dan Syabas" kepada pihak penganjur terutama kepada Impian 7 Badminton Team yang julung kalinya menganjur kejohanan yang terbesar ini.
Bermula kerjasama yang dibuat dengan pihak DUN Kota Anggerik dan AMK Shah, lebih daripada sebulan setengah gerak kerja dibuat hasilnya nampak pada kejohanan berlangsung. Dengan penyertaan yang lebih daripada sasaran membuatkan pihak pengendali iaitu Impian 7 bertungkuslumus menyediakan jadual perlawanan tapi dengan berkat doa semua ianya dapat diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan.
Disini saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf andainya sepanjang kejohanan ini ada berlaku kesilapan dan kesalahan. Insya Allah pada tahun hadapan pihak kami akan menganjur lebih cemerlang dan memberi yang terbaik untuk peserta.
Saya bagi pihak Impian 7 ingin mengucapkan syabas kepada semua Ahli Impian 7 yang memberi komitmen yang tinggi disepanjang tempoh kejohanan berlansung.
No comments:
Post a Comment