Tuesday, February 28, 2012

Kejohanan Badminton 4 Penjuru Edisi Ke-2

Laporan daripada Sdr. Ghadaffi, satu kejohanan 4 penjuru di antara Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor. Tahun ini tuan rumah Negeri Melaka. Tarikh : 08hb. April, 2012 bertempat di Dewan Flat Seri Temenggong, Bukit Baru, Melaka.

Seperti biasa Impian 7 akan mewakili Selangor dan saya berharap semua ahli dapat menyertai kejohanan ini dan kita juga berusaha untuk menghantar seberapa ramai ahli kalau boleh hantar 2 team. Sila bagi maklum balas kepada saudara Ghadaffi untuk memudahkan beliau membuat arrangement.

Kelab Impian 7 juga ingin mengucapkan selamat berjuang kepada Team Polis Selangor yang menyertai Kejohanan Badminton Piala Ketua Polis Negara di Alor Star, Kedah. Kepada rakan2 Impian 7 yang mewakili Polis Selangor semuga anda semua beroleh kejayaan.

Dan juga pasukan badminton SUK Selangor yang akan menyertai Sukan SUK SeMalaysia di Kuching, Sarawak. Selamat berjuang semuga beroleh kejayaan.

Maklumat semasa

Minta maaf dari saya kerana dah lama tak update kita punya blog ni. Mungkin ada alternatif lain yang lebih senang dan cepat untuk berkomunikasi dan berintraksi seperti Face Book. Jadi blog ini agal ketinggalan sedikit tentang maklumat tang terkini, walaubagaimanapun mungkin ianya dapat dimanafaatkan dengan lebih luas tentang penceritaan di dalamnya.

Dalam tahun 2012 ini, Impian 7 tidak banyak mengadakan aktiviti cuma latihan biasa yang diadakan di gelanggang lagenda kita. Pada tahun ada antara ahli-ahli kita yang melangsungkan perkahwinan, yang terbaru sekali iaitu Azman Dzamiri dan Yusri "Selamat Pengantin Baru" kepada mereka berdua.

Sejak kebelakang ini kehadiran ahli2 kelab tidak begitu memberangsangkan oleh kerana 2 lampu dewan yang tidak berfungsi, ini mengakibatkan keadaan di dalam dewan agak gelap, ini juga menggangu konsentrasi pemain ketika bermain. Abang Jep dah beberapa kali mengadukan masalah ini kepada Majlis Bandaraya Shah Alam tetapi masih tiada tindakan yang diambil.

Ada sesetengah ahli2 yang bermain di tempat lain seperti Dewan SUK dan juga Super Court, Subang Jaya.