Minta maaf dari saya kerana dah lama tak update kita punya blog ni. Mungkin ada alternatif lain yang lebih senang dan cepat untuk berkomunikasi dan berintraksi seperti Face Book. Jadi blog ini agal ketinggalan sedikit tentang maklumat tang terkini, walaubagaimanapun mungkin ianya dapat dimanafaatkan dengan lebih luas tentang penceritaan di dalamnya.
Dalam tahun 2012 ini, Impian 7 tidak banyak mengadakan aktiviti cuma latihan biasa yang diadakan di gelanggang lagenda kita. Pada tahun ada antara ahli-ahli kita yang melangsungkan perkahwinan, yang terbaru sekali iaitu Azman Dzamiri dan Yusri "Selamat Pengantin Baru" kepada mereka berdua.
Sejak kebelakang ini kehadiran ahli2 kelab tidak begitu memberangsangkan oleh kerana 2 lampu dewan yang tidak berfungsi, ini mengakibatkan keadaan di dalam dewan agak gelap, ini juga menggangu konsentrasi pemain ketika bermain. Abang Jep dah beberapa kali mengadukan masalah ini kepada Majlis Bandaraya Shah Alam tetapi masih tiada tindakan yang diambil.
Ada sesetengah ahli2 yang bermain di tempat lain seperti Dewan SUK dan juga Super Court, Subang Jaya.
No comments:
Post a Comment