Sunday, April 27, 2008

Friendly Match



28hb. April - Shah Alam

Impian 7 mengadakan satu lagi sessi jelajah persahabatan, kali ini agak jauh merantau ke Negeri Balak bagai menimba ilmu dalam dunia kebadmintonan. Diberitakan bahawa pihak lawan adalah satu yang terbaik di daerah tersebut, walaubagaimanapun dengan semangat yang membara, kekuatan mental dan fizikal Impian 7 akan memberi tentangan yang hebat nanti. Kepada semua member2 Impian 7, ayuhlah kita bersama-sama pergi dalam satu semangat pasukan bagi memeriahkan lagi suasana perlawanan persahabatan dan dapat kita enjoy untuk melupakan sementara hal-hal kerja serta kesibukan metropolitan. Hiruplah udara segar lagi nyaman ketika disana nanti. Di sini saya berikan gambaran agenda di sana nanti ;


Tarikh : 3hb. ~ 4hb. Mei, 2008


Jadual Perjalanan :


03hb. April, 2008 - Sabtu


07:30 ~ 08:00pagi - Berkumpul di Dewan Melati, Seksyen 7

08:05pagi - Bertolak ke Kuala Lipis dengan kenderaan sendiri

01:00 tghari - Dijangka sampai di bandar Kuala Lipis

- Check in Hotel

- Rehat

03:00 ptg - Perlawanan persahabatan bermula

- Perlawanan ini menggunakan 1 court sahaja bagi setiap

game yang berlangsung

06:30 ptg - Perlawanan dijangka selesai

- balik tempat penginapan

- Rehat

08:00 mlm - BBQ Dinner & Karaoke

- Diwajibkan setiap members menyanyi sebuah lagu

11:00 mlm - Dinner selasai

- Oyasumi nasai... see you next day...


04hb. April, 2008 - Ahad


08:00 pagi - Sarapan pagi

10:00 pagi - Check out hotel

11:00 pagi - Bertolak pulang ke Shah Alam

- Makan tengahari dalam perjalanan..

03:30 ptg - Dijangka sampai di Shah Alam


Diharap semua member2 Impian 7 dapat memberi komitmen yang tinggi lagi berdedikasi dalam menghadapi apa jua rintangan yang datang. Yang baik datang dari Allah SWT dan yang buruk dari kesilapan kita sendiri. Akhir penulisan selamat berjaya dan selamat pergi serta selamat pulang.. pandu cermat jiwa selamat, ingatlah yang tersayang...


No comments: