Sepertimana yang rancang, pada pagi ini Impian 7 bertolak ke Kuala Lipis dengan semangat yang kental dan ada yang tak sabar-sabar nak pergi - jadi kami bertolak dengan 5 buah kenderaan semuanya pergi secara bujang kecuali Abang Jamali pergi dengan keluarga. Pukul 8:30 pagi bertolak dan sampai di Kuala Lipis lebih kurang pukul 12:30 tghari. Disambut mesra oleh Bapa Mukhriz dan kami makan bersama-sama di Restoran Nasi Ayam Azri yang paling famous di Kuala Lipis. Abang Jamali sekeluarga menginap di Hotel Jelai dan yang lainnya menginap Bius Rest House. Setelah selesai makan tengahari masa relax untuk melepaskan penat lelah sepanjang perjalanan dari Shah Alam ke Kuala Lipis.
Pukul 3 petang ; Perlawanan Persahabatan Badminton, dengan keadaan badan yang penat serta tak cukup tidur kami harungi jua ke tempat perlawanan tersebut dengan harapan beroleh kejayaan. Kami terpaksa bergotong-royong(kerja amal) untuk menampal kertas pada cermin pintu masuk untuk mengelakkan pantulan cahaya dari luar. Masing-masing telah memanaskan badan dengan berbagai cara. Jam menunjukkan hampir pukul 4 petang... perlawanan belum bermula..
hampir pukul 4:30 ptg baru opening perlawanan bermula, Bapa Marzuki & Mukhriz (Pakcik) panggilan manja bagi Impian 7 memulakan acara yang menyatakan pertembungan ini adalah ihlam beliau bagi mengeratkan lagi silatulrahim diantanra dua pasukan. Persatuan badminton Sg. Kerpan baru saja ditubuhkan dan logonya dicipta oleh Sdr. Gadafi. Selepas soal kenal maka bermulalah perlawanan persahabatan dengan format 21 mata sebanyank 7 regu.
Dimana regu-regu tersebut : 1. Gadafi & Azmi, 2. Mail & Shidi, 3. Mukhriz & Hafiz, 4. Halim & Marzuki, 5. Hanip & Jamali, 6. Jepri & Yusof, 7. Gadafi & Mail, keseluruhannya Impian 7 menang... tahniah buat semua...
Perlawanan berakhir melebihi pukul 7 malam, bagaimanapun semuanya berpuas hati tahap permainan masing-masing. Selepas ini balik ke penginapan untuk BBQ. Tempat penginapan sungguh sunyi, jauh dari hirukpikuk metropolitan, dalam ketenangan dan penuh kemesraan bagaikan adik-beradik kami sama-sama membakar ayam, soseh dll. Peralatan dan makanan disediakan oleh Keluarga Marzuki & Mukhriz, susah nak dapat ibubapa yang begitu sporting dengan anak-anak bagaikan kawan-kawan dibuatnya. Terima kasih sekali lagi kepada makcik & pakcik.
Pada malam itu juga ada sesi karaoke di mana bakat-bakat terendam dicungkilkan terutama sekali Marzuki, Mukhriz, Shidi & Pakcik sendiri yang menyanyi dengan merdu dan syahdunya. Rakan-rakan lain juga sama-sama menyumbang lagu kegemaran masing-masing, tak lupa juga kecil molek, come lote anak abang jamali turut serta berminat berkaraoke. Kami berkaraoke sehingga larut malam dengan makanan yang berlebihan hingga boleh dibawa esok hari.
Ramai dikalangan rakan-rakan yang boleh menyanyi dengan baik tapi bakatnya belum diasah dengan cara yang betul. Walaubagaimanapun kami tetap terhibur dengan nyanyian masing-masing. Tengoklah si anak kecil tetap nak menyanyi walaupun tak pandai... anak siapa tu! siapa lagi anak abang Jamali la...
Kesimpulan pada malam itu kami rasa begitu mersa dengan persahabatan yang ada walau cara bergurau dan bercakap agak kasar tapi itulah hakikat berkawan 'alah bisa tegah biasa'. Masing-masing dah kenal hati budi sebab itu tak terasa kalau dikutuk lebih sikit.. anggaplah gurauan saja.
Pada hari terakhir iaitu hari ahad Jep, Ucop, Azmi & Tok Bomoh balik awal ke Shah Alam (pagi-pagi) ada masalah sikit agaknya, kami yang lain menerus program pagi itu dengan pergi ke rumah Marzuki & Mukhriz untuk sarapan pagi walaupun ketika itu jam menunjukkan pukul 11 pagi lebih. Sampai saja makanan dah terhidang dengan nasi lemak dan sambal ikan bilis yang begitu power, berpeluh dibuatnya hingga ada yang tambah sampai 3 kali... mak datuk sedapnya... selepas sarapan abang jamali dengan keluarganya bergerak awal untuk pergi ke rumah sepupunya di Hulu Dong, Raub. Rakan-rakan lain pula pergi Air Terjun Lata Jarum di Raub. Dengar cerita macam-macam aktiviti yang dijalankan... dan balik ke Shah Alam lebih pukul 4 petang. On the way balik ke Shah Alam singgah pulak kat RR Genting Sempah kedai Mak Hafiz... minum lagi dan sampai di Shah Alam lebih kurang pukul 10 malam. Abang Jamali & keluarga sampai di rumahnya lebih kurang pukul 6 petang. Segalanya selamat kembali ke rumah masing-masing.. segalanya meninggalkan seribu kenangan kepada yang pergi... jumpa lagi di lain masa.. Insya Allah...
No comments:
Post a Comment