Friday, May 30, 2008
KEJOHANAN BADMINTON INTERNAL GAME IMPIAN 7
Kejohanan yang bermula awal januari lalu kini telah memasuki fasa terakhir kejohanan. Dimana pusingan kalah mati peringkat suku akhir akan bermula pada 6 Jun 2008. Hakikat pada pertemuan di peringkat tersebut harus diterima oleh semua para pemain yang bakal menempuh laluan pusingan berkenaan. Selaku pilihan pertama kejohanan pada kali ini pasangan Mail & Azmi akan berjumpa pasangan Jef & gadafi, manakala suku akhir kedua bakal menemukan pasangan din & usop 8 yang bakal menentang pilihan ke-2 dari kumpulan A. Manakala suku akhir ke-3 yang bakal menemukan pasangan Yusri & Anip bakal menghadapi cabaran dari pilihan ke-4 kumpulan A. Suku akhir ke-4 menemukan Juara kumpulan B (pasangan mukriz & zuraimi) yang akan menentang pilihan ke-3 kumpulan A. Semuanya akan terjawab apabila perlawanan terakhir kumpulan A pada Ahad ini menemukan pasangan Marzuki & Nazmi vs Shidi & Rabib. Keputusan tersebut akan memastikan kedudukan sebenar siapa yang akan ke Suku akhir pada 6 Jun 2008. sama-sama kita nantikan aksi yang penuh debaran....manakala kepada pasangan yang telah awal tewas dimedan pertempuran...tak apa taun dpn cuba lagi,masih ada tempat untuk anda di hujung setiap gelanggang(penjaga garisan) serta tukang sebut nombor(pengadil)......nukilan Gadafi
Tuesday, May 20, 2008
Friendly Match dengan Tg. Karang Team
Ahad, 18hb. Mei - Perlawanan Persahabatan timba-balas di antara Impian 7 dengan Tg. Karang Team. Kali ini berpihak kepada Impian 7 dengan kemenangan bergaya 4 menang 2 seri 1 kalah, tahniah kepada semua pemain Impian 7 yang bertungkus-lumus untuk memberi kemenangan. Pair yang kalah tak pe, kalah cara melawan... sudah dikira excellent... Kemenangan ini juga berasaskan faktor pihak lawan yang tidak biasa dengan format 21, mungkin mereka agak ketinggalan sikit masih guna format lama (15), walaubagaimanapun mereka juga mempunyai semangat juang yang tinggi. Mungkin ketahanan mental dan sikologi yang masih perlu mereka perbaiki.
Selepas daripada perlawanan persahabatan tersebut kami semua pergi minum bersama-sama termasuklah dengan Wan Farid (Tg. Karang Team) sekali. Tempat biasa.. Banyak perbincangan dibuat untuk memperbaiki lagi mutu permainan masing-masing. Macam-macam cerita paling hangat ketika ini tentang piala Thomas, kebetulan pada malam tersebut perlawanan akhir berlangsung di antara China dengan Korea, di mana China menang 3-1.
Selepas daripada perlawanan persahabatan tersebut kami semua pergi minum bersama-sama termasuklah dengan Wan Farid (Tg. Karang Team) sekali. Tempat biasa.. Banyak perbincangan dibuat untuk memperbaiki lagi mutu permainan masing-masing. Macam-macam cerita paling hangat ketika ini tentang piala Thomas, kebetulan pada malam tersebut perlawanan akhir berlangsung di antara China dengan Korea, di mana China menang 3-1.
Perkembangan perlawanan persahabatan yang akan diadakan di Muar Johor iaitu Team Bukit Gambir pada 4hb. Julai ~ 6hb. Julai.
Diminta semua pemain Impian 7 dapat pergi bersama-sama nanti. Jersi baru untuk Kelab Impian 7, jenama Yonex harga RM 45.00 sehelai. Sesiapa berminat sila berhubungi terus dengan Sdr. Jepri - 0126482164. Sembang punya sembang tak sedar pukul 1.20 pagi, Mukhriz dah ngantok gila dan semua orang nampak kepenatan dan kami terus beredar balik ke destinasi masing-masing.
Thursday, May 8, 2008
Kenangan Berborak Selepas Training
Mula-mula sekali minta maaf banyak2 kerana lambat masuk gambar ni kerana terlupa bebeno. Malam itu selepas latihan biasa, ramai-ramai pakat pergi minum kat Anggerik Corner (tempat biasa). Bercerita tentang nak pergi ke Kuala Lipis dan paling tak sabar nak pergi iaitu Halem... sorry Lem tulis nama...
nak minta maaf kat Mukhriz sebab gambar dia tak boleh masuk 'blank' saya pun tak tahu... Walaubagaimanapun nanti ambil gambar baru.. Malam tu berborak sampai pukul 2 pagi macam-macam cerita - ada nak pergi trekking, ada nak pergi rafting dan 'macam-macam ada'... Paling kelakar semua suka mengusik si hafiz.. biasalah gurau-gurau... ok semuanya sporting. Lepas habis minum semua balik dan tidur, besoknya boleh bangun lewat sikit sebab cuti hari pekerja.. suboh jangan terlupa...
Sunday, May 4, 2008
Friendly Match dengan Team Sg. Kerpan, Kuala Lipis
03hb. Mei, - Shah Alam
Pada malam itu juga ada sesi karaoke di mana bakat-bakat terendam dicungkilkan terutama sekali Marzuki, Mukhriz, Shidi & Pakcik sendiri yang menyanyi dengan merdu dan syahdunya. Rakan-rakan lain juga sama-sama menyumbang lagu kegemaran masing-masing, tak lupa juga kecil molek, come lote anak abang jamali turut serta berminat berkaraoke. Kami berkaraoke sehingga larut malam dengan makanan yang berlebihan hingga boleh dibawa esok hari.
Sepertimana yang rancang, pada pagi ini Impian 7 bertolak ke Kuala Lipis dengan semangat yang kental dan ada yang tak sabar-sabar nak pergi - jadi kami bertolak dengan 5 buah kenderaan semuanya pergi secara bujang kecuali Abang Jamali pergi dengan keluarga. Pukul 8:30 pagi bertolak dan sampai di Kuala Lipis lebih kurang pukul 12:30 tghari. Disambut mesra oleh Bapa Mukhriz dan kami makan bersama-sama di Restoran Nasi Ayam Azri yang paling famous di Kuala Lipis. Abang Jamali sekeluarga menginap di Hotel Jelai dan yang lainnya menginap Bius Rest House. Setelah selesai makan tengahari masa relax untuk melepaskan penat lelah sepanjang perjalanan dari Shah Alam ke Kuala Lipis.
Pukul 3 petang ; Perlawanan Persahabatan Badminton, dengan keadaan badan yang penat serta tak cukup tidur kami harungi jua ke tempat perlawanan tersebut dengan harapan beroleh kejayaan. Kami terpaksa bergotong-royong(kerja amal) untuk menampal kertas pada cermin pintu masuk untuk mengelakkan pantulan cahaya dari luar. Masing-masing telah memanaskan badan dengan berbagai cara. Jam menunjukkan hampir pukul 4 petang... perlawanan belum bermula..
hampir pukul 4:30 ptg baru opening perlawanan bermula, Bapa Marzuki & Mukhriz (Pakcik) panggilan manja bagi Impian 7 memulakan acara yang menyatakan pertembungan ini adalah ihlam beliau bagi mengeratkan lagi silatulrahim diantanra dua pasukan. Persatuan badminton Sg. Kerpan baru saja ditubuhkan dan logonya dicipta oleh Sdr. Gadafi. Selepas soal kenal maka bermulalah perlawanan persahabatan dengan format 21 mata sebanyank 7 regu.
Dimana regu-regu tersebut : 1. Gadafi & Azmi, 2. Mail & Shidi, 3. Mukhriz & Hafiz, 4. Halim & Marzuki, 5. Hanip & Jamali, 6. Jepri & Yusof, 7. Gadafi & Mail, keseluruhannya Impian 7 menang... tahniah buat semua...
Perlawanan berakhir melebihi pukul 7 malam, bagaimanapun semuanya berpuas hati tahap permainan masing-masing. Selepas ini balik ke penginapan untuk BBQ. Tempat penginapan sungguh sunyi, jauh dari hirukpikuk metropolitan, dalam ketenangan dan penuh kemesraan bagaikan adik-beradik kami sama-sama membakar ayam, soseh dll. Peralatan dan makanan disediakan oleh Keluarga Marzuki & Mukhriz, susah nak dapat ibubapa yang begitu sporting dengan anak-anak bagaikan kawan-kawan dibuatnya. Terima kasih sekali lagi kepada makcik & pakcik.
Pada malam itu juga ada sesi karaoke di mana bakat-bakat terendam dicungkilkan terutama sekali Marzuki, Mukhriz, Shidi & Pakcik sendiri yang menyanyi dengan merdu dan syahdunya. Rakan-rakan lain juga sama-sama menyumbang lagu kegemaran masing-masing, tak lupa juga kecil molek, come lote anak abang jamali turut serta berminat berkaraoke. Kami berkaraoke sehingga larut malam dengan makanan yang berlebihan hingga boleh dibawa esok hari.
Ramai dikalangan rakan-rakan yang boleh menyanyi dengan baik tapi bakatnya belum diasah dengan cara yang betul. Walaubagaimanapun kami tetap terhibur dengan nyanyian masing-masing. Tengoklah si anak kecil tetap nak menyanyi walaupun tak pandai... anak siapa tu! siapa lagi anak abang Jamali la...
Kesimpulan pada malam itu kami rasa begitu mersa dengan persahabatan yang ada walau cara bergurau dan bercakap agak kasar tapi itulah hakikat berkawan 'alah bisa tegah biasa'. Masing-masing dah kenal hati budi sebab itu tak terasa kalau dikutuk lebih sikit.. anggaplah gurauan saja.
Pada hari terakhir iaitu hari ahad Jep, Ucop, Azmi & Tok Bomoh balik awal ke Shah Alam (pagi-pagi) ada masalah sikit agaknya, kami yang lain menerus program pagi itu dengan pergi ke rumah Marzuki & Mukhriz untuk sarapan pagi walaupun ketika itu jam menunjukkan pukul 11 pagi lebih. Sampai saja makanan dah terhidang dengan nasi lemak dan sambal ikan bilis yang begitu power, berpeluh dibuatnya hingga ada yang tambah sampai 3 kali... mak datuk sedapnya... selepas sarapan abang jamali dengan keluarganya bergerak awal untuk pergi ke rumah sepupunya di Hulu Dong, Raub. Rakan-rakan lain pula pergi Air Terjun Lata Jarum di Raub. Dengar cerita macam-macam aktiviti yang dijalankan... dan balik ke Shah Alam lebih pukul 4 petang. On the way balik ke Shah Alam singgah pulak kat RR Genting Sempah kedai Mak Hafiz... minum lagi dan sampai di Shah Alam lebih kurang pukul 10 malam. Abang Jamali & keluarga sampai di rumahnya lebih kurang pukul 6 petang. Segalanya selamat kembali ke rumah masing-masing.. segalanya meninggalkan seribu kenangan kepada yang pergi... jumpa lagi di lain masa.. Insya Allah...
Subscribe to:
Posts (Atom)